Blogroll

smile Selamat menyambut tahun baru Islam hijrah 1438. Salam Maal Hijrah 1438. Selamat menyambut tahun baru Islam 1438. Salam Maal Hijrah 1438 .

Saturday 18 January 2014

Pembesaran Surau Al-Ittihadiyyah

Setelah 20 tahun Surau Al-Ittihadiyyah dibina atas daya usaha penduduk Seksyen 9 dan selaras dengan perkembangan pesat bilangan penduduk di Seksyen 9, AJK surau telah membuat perancangan pembesaran surau bagi menempat ruang tambahan untuk:

  • Dewan solat bawah
  • Ruang serbaguna (ruang makan / solat)
  • Rumah imam, bilal dan siak
  • Bilik Jenazah
  • Kelas pengajian (tingkat atas)
  • Perpustakaan, Bilik mesyuarat
  • Setor
Setelah kerja ubahsuai dilakukan, surau dapat menampung jumlah jemaah sehingga 1,000 orang bagi setiap masa solat. Kos kerja ubahsuai ini dijangka menelan kos RM 360,000.00. Tabung bagi maksud ini telah dilancarkan dan semua ahli khariah dialu-alukan memberi sumbangan semampu boleh. Inilah peluang untuk kita melabur dalam saham akhirat. Sila hubungi Tn Hj Sabri Abdul Rahman, Ketua Biro Pembangunan, Surau Al-Ittihadiyyah (tel: 012- 200 9900)

Malam ini Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1435 Oleh Ustaz Kazim

Mari beramai-ramai ke majlis ilmu oleh Ustaz Mohammad Kazim Hj Elias. Tempat duduk untuk 1,200 orang disediakan. Gerai-gerai makanan, minuman dan jualan pelbagai barangan juga disediakan. Timba ilmu sambil beribadat dengan menyumbang kepada tabung pembangunan surau Al-Ittihadiyyah.

Thursday 2 January 2014

Cadangan Pembesaran Surau

Taklimat cadangan pembesaran surau Al-Ittihadiyyah akan diadakan pada malam Jumaat 9 Januari, 2014 di surau selepas solat magrib dan majlis bacaan Yaasin dan tahlil. Kerja-kerja pembesaran dijangka bermula bulan hadapan dan siap sebelum Ramadan.