Blogroll

smile Selamat menyambut tahun baru Islam hijrah 1438. Salam Maal Hijrah 1438. Selamat menyambut tahun baru Islam 1438. Salam Maal Hijrah 1438 .

Monday 2 December 2013

Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2014 / 1435-1436

HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM

12 Rabiulawal 1435; 14 Januari 2014             Maulidur Rasul
27 Rejab 1435; 27 Mei 2014                          Israk dan Mikraj
* 1 Ramadhan 1435; 29 Jun 2014                  Awal Ramadhan/Berpuasa
17 Ramadhan 1435; 15 Julai 2014                 Nuzul al-Quran
* 1 Syawal 1435; 28 Julai 2014                     Hari Raya Puasa/Aidilfitri
1 Zulhijjah 1435; 26 September 2014            Awal Zulhijjah
* 10 Zulhijjah 1435; 5 Oktober 2014             Hari Raya Korban/Aidiladha
1 Muharam 1436; 25 Oktober 2014               Awal Muharam/Maal Hijrah

* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday 11 November 2013

Fadilat Puasa Asyura

Tahun ini puasa asyura jatuh pada November 14 & 15 (Rabu & Khamis) bersamaan 9 & 10 Muharram.

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu". Sila baca huraian di pautan di bawah:

http://www.islam.gov.my/e-hadith/fadhilat-puasa-assyura

Monday 4 November 2013

Jadual Kuliah Bulan November


Karnival Kesihatan & Larian Santai Dapat Sambutan Hangat

Tn Hj Azman, S/U Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 2 Shah Alam (kiri),
Tn Hj Malik, Pengerusi Surau Al-Ittihadiyyah (dua dari kiri) bersama ahli khariah


Perlepasan Fun Walk With The Blinds oleh Tn Hj Abdul Malik,
Pengerusi Surau Al-Ittihadiyyah

Thursday 26 September 2013

Majlis Ilmu Semarakkan Qurban

Sempena majlis Qurban tahin 1434H, Surau Al-Ittihadiyyah akan mengadakan 2 majlis ilmu bagi menyemarakkan Qurban:

    Tarikh                       Penceramah                                       Tajuk

29 Sept                    Ust Azhar Yahya            Fiqh Qurban - Tanyalah Ustaz @ Al-Ittihadiyyah
2 Oktober                Ust Razali Al Hafiz        Qurban - Ceramah Khas Bulan Oktober

Saturday 14 September 2013

Majlis Ibadah Qurban & Aqiqah 1434H

Tarikh:           10 Zulhijjah 1434 / 15 Oktober, 2013

Tempat:         Perkarangan Surau Al Ittihadiyyah

Harga satu bahagian: RM 480.00

Penyertaan:

i) Ambil bahagian dalam ibadah Qurban - sila hubungi Hj Sabri Abdul Rahman, Pengerusi Qurban atau mana-mana AJK Surau. Borang penyertaan boleh di ambil di Surau.

ii) Sumbangan: Sumbangan dalam bentuk wang ringgit, tenaga, peralatan memotong daging, kuih muih dan lain-lain dialu-alukan. Borang sumbangan juga boleh didapati di Surau.

Tuesday 23 July 2013

Kunjungan Imam Masjid Universiti Al Azhar, Mesir Ke Surau Kita

Penceramah jemputan khas imam masjid Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir, Syeikh Ashraf Hamed Hassanin Mohamed akan berkunjung ke surau kita pada 31 Julai, 2013. Beliau dijangka berbuka puasa di surau setererusnya menjadi imam solat magrib, isyak dan tarawih 

Majlis Meraikan Anak-Anak Yatim


Tuesday 2 July 2013

Aktiviti amal sepanjang bulan Ramadan 1434H

Alhamdulillah, insyaAllah kita akan menyambut Ramadan pada 10 Julai 2013. Berbagai program dan aktiviti pengisian Ramadan telah dirancang seperti dalam surat yang telah diedarkan( muka 1, muka 2). Sumbangan derma untuk menjalankan aktiviti amal sepanjang bulan Ramadan amat dialu-alukan.

Thursday 27 June 2013

Pemberitahuan MAIS

Pemberitahuan MAIS kepada pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid berhubung Pemegang Amanah Tunggal, Penggunaan Masjid, Tauliah Ceramah dan Mengajar, Menjaga adab, Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah dan Menghina Pihak Berkuasa Agama.



Monday 24 June 2013

AJK Surau - Maklumat Terkini

Senarai penuh AJK baru yang terkini berserta jawatan dan tanggungjawab masing-masing dapat dilihat dalam muka J/kuasa Surau.

Tuesday 18 June 2013

Jom Gotong Royong

Mari ramai-ramai bergotong royong membersih dan membaiki surau kesayangan kita.
Tarikh :   Julai 7, jam 8 pagi
Tempat: Perkarangan Surau Al - Ittihadiyyah, Seksyen 9

Sunday 16 June 2013

Tahniah kepada Tuan Imam

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Imam Surau Al - Ittihadiyyah Ustaz Saiful Azuran  kerana dikurniakan putera yang kedua pada hari Khamis yang lepas. Alhamdulillah, ibu dan anak kedua-duanya sihat walafiat.

Tuan imam bercuti dari 14 -19 Jun, 2013.
Imam pengganti :
1. Sdr Kadir (bilal)
2. Hj Shakir
3. Sdr Latif (bilal)
4. Penceramah jemputan.

Sunday 9 June 2013

AJK Baru Sessi 2013-2016

Tahniah AJK baru surau Al-Ittihadiyyah Seksyen 9 Shah Alam dan Pengerusi baru Tn Hj Ab Malik Shahir bagi sesi tahun 2013-2016 berkuatkuasa mulai 1 Jun, 2013

Berikut adalah keputusan pemilihan, Jawatankuasa Pemilihan Daerah Bagi Pencalonan Ahli Jawatankuasa Surau-Surau Daerah Petaling Bagi Sessi 2013-2016 yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Nama-Nama calon yang dipilih:

1. Ab Malik B Shahir                        Pengerusi
2. Md Saiful Azuran B Mat Nawi.      Imam
3. Abdul Latif B Nordin.                    Bilal
4. Mohd Safri B Hanifullah                AJK
5. Mohd Shakir B Mohd Saad.          AJK
6. Normal Bt Abdullah.                      AJK
7. Mohd Azman B Ahmat.                 AJK
8. Tengku Syed Jalil Shah.               AJK
9. Wan Razali B Wan Mahmod.        AJK
10. Mahzan B Mahyuddin.                AJK
11. M Sabri B Abd Rahman.             AJK
12. Wan Azizi B Wan Mohd Ali.        AJK
13. Azlina Bt Agus.                          AJK
14. Mohd Sohimin B Mohd Alayedin  AJK
15. Hamzah B Anas.                        AJK




Tuesday 4 June 2013

Israk Mikraj tahun ini jatuh pada Hari Khamis, 27 Rejab 1434, 6 Jun 2013

Sempena Israk Mikraj, satu majlis takzirah akan diadakan pada Jumaat 7 Jun, 2013 (28 Rejab, 1434) selepas solat maghrib di Surau Al-Ittihadiyyah. Semua khariah dijemput hadir.

Saturday 25 May 2013

Kerja-kerja Renovasi Surau

Kerja renovasi bilik air lelaki dan wanita di Surau Seksyen 9 sedang dijalankan. Kerja melibatkan pembesaran bilik air wanita dari 2 kepada 4 tandas dan susunan semula tandas lelaki serta naik taraf kediaman muadzim. Ini merupakan fasa pertama. Fasa kedua akan dimulakan selepas Aidil Fitri.

Rupa bentuk Surau selepas siap renovasi:



 

AKTIVITI SURAU BULAN MEI 2013

Aktiviti Bulan Mei 2013



Khutbah Raya Qurban


Wajah Surau Al-Ittihadiyyah




MESYUARAT AGUNG KHAS SURAU AL ITTIHADIYYAH SEKSYEN 9

Mesyuarat Agung Khas telah diadakan untuk melantik AJK baru sesi Julai tahun 2013-2014. Senarai AJK akan dikemukakan kepada JAIS untuk kelulusan yang dijangka akan diketahui dalam bulan Jun. Ahli kariah akan dimaklum sebaik berita dari JAIS diterima.

Cuti Wesak

Subuh pagi ni dihadiri paling kurang kariah, lebih kurang 10 orang saja. Surau dibuka lambat dan mereka yang datang awal solat di tempat lain. Lagi pun ramai balik kampung atau bercuti sempena cuti Wesak dan cuti  sekolah.