Friday, 21 February 2014
Thursday, 20 February 2014
Saturday, 18 January 2014
Pembesaran Surau Al-Ittihadiyyah
Setelah 20 tahun Surau Al-Ittihadiyyah dibina atas daya usaha penduduk Seksyen 9 dan selaras dengan perkembangan pesat bilangan penduduk di Seksyen 9, AJK surau telah membuat perancangan pembesaran surau bagi menempat ruang tambahan untuk:
- Dewan solat bawah
- Ruang serbaguna (ruang makan / solat)
- Rumah imam, bilal dan siak
- Bilik Jenazah
- Kelas pengajian (tingkat atas)
- Perpustakaan, Bilik mesyuarat
- Setor
Setelah kerja ubahsuai dilakukan, surau dapat menampung jumlah jemaah sehingga 1,000 orang bagi setiap masa solat. Kos kerja ubahsuai ini dijangka menelan kos RM 360,000.00. Tabung bagi maksud ini telah dilancarkan dan semua ahli khariah dialu-alukan memberi sumbangan semampu boleh. Inilah peluang untuk kita melabur dalam saham akhirat. Sila hubungi Tn Hj Sabri Abdul Rahman, Ketua Biro Pembangunan, Surau Al-Ittihadiyyah (tel: 012- 200 9900)
Malam ini Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1435 Oleh Ustaz Kazim
Mari beramai-ramai ke majlis ilmu oleh Ustaz Mohammad Kazim Hj Elias. Tempat duduk untuk 1,200 orang disediakan. Gerai-gerai makanan, minuman dan jualan pelbagai barangan juga disediakan. Timba ilmu sambil beribadat dengan menyumbang kepada tabung pembangunan surau Al-Ittihadiyyah.
Tuesday, 14 January 2014
Sambutan Maulidul Rasul Seksyen 9 Shah Alam
Subscribe to:
Posts (Atom)


